Isnin, 19 Disember 2011

dugaan dan ujian

Assalamualaikum ..

Hidup kita memang penuh dengan dugaan dan ujian .. tanpa ujian dan dugaan, sudah tentulah hidup kita yang cuma sementara sahaja ini akan menjadi hambar .. sesungguhnya apa sahaja yang ditakdirkan menimpa diri kita, mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu .. hikmah itu pula kadangkala kita sedari setelah sesuatu ujian yang menimpa kita itu berlalu atau juga langsung tidak kita ketahui sehingga akhir hayat kita .. itulah kehidupan ..


kehidupan kita adalah sebuah perjuangan dalam pelbagai dugaan dan cabaran serta ujian dari Allah .. sesungguhnya segala cabaran dan ujian adalah untuk menguji kesabaran dan keimanan seseorang hamba .. Allah tidak akan  menguji hambanya jika hamba tidak mampu menghadapinya .. kadangkala apabila kita diuji, kita rasa cukup kuat dan kental menghadapinya, namun ada masanya kita rasa lemah dan rebah dalam perjuangan meniti kehidupan .. kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan kita .. pelbagai tekanan dalam kehidupan kita menyebabkan kita hilang semangat untuk teruskan perjuangan kehidupan kita .. betapa lemah dan kerdilnya kita menghadapi dugaan dari Allah ..

"Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang kamu jadikan mudah. sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya."

Tabahkan hati ketika menghadapi Ujian Allah

thanks sumer :3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sile cakap3