Sabtu, 6 Ogos 2011

kisah dogeng bulan ramadhan

Assalamualaikum

aip olls ! 


sedar tak sedar kite dah 5 hari berpuasa *rasa macam 2minggu kot pose .. hahaha .. lagi menipu bebenor .. nak cuti cepat punye pasal .. macam ni la .. leh balek kampung oh3 balek kampung #sangatterujaokeyh :p


mula-mula saya nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan sumer ! harap-harap tahun ni saya dapat puasa penuh *malas nak ganti pose :( .. kalau da cakap bulan puasa ni kan .. mesti banyak cerita atau kisah yang menarik .. nak taw ape die .. jum kite skud ke bawah yep :)

#1
kalau da bulan puasa mesti feymes pasal bazar .. time ni la macam-macam jenis kueh muih , lauk pauk yang tak pernah kite jumpe masa bulan tak puasa .. macam-macam jenis nama pun ade .. hikhik .. saya ni kalau bab makanan pelik-pelik memang tak makan la .. bukan ape takut tak masuk ngan jiwa pastu membazir .. kan tak elok membazir di bulan yang mulia ni :) .. yang saya tahu bazar kat kl nih bazar kampung baru je .. sebab saya memang duk sini .. kihkih .
*ade sape2 yang rajen x nak bawak saya pergi bazar len :p


#2 bubur lambuk .. ha time bulan puasa ni lah bubur lambuk free paling senang didapati terutamanya masjid kampung baru .. ramai orang cakap bubur lambuk kat masjid kampung baru sangat sedap .. tapi kan .. ramai giler kut orang duk beratur kat masjid nih .. kalau kowang tengok kompem penat nak beratur .. tak pe lah .. da tak de rezeki .. lagi pun puasa kan sebulan .. mana tahu esok lusa saya dapat ke .. betul tak ? :) *ade makcik yang baik hati bagi kami bubur lambuk free .. maceh makcik :)


#3 solat terawih .. yang ini paling penting sekali dalam bulan yang mulia nih .. bukan senang nak dapat dalam bulan lain .. hanya sekali je setahun .. saya tahu kowang mesti teruja kan3 .. bukan selalu kite dapat berjemaah kat masjid untuk menunaikan solat :) *teringat zaman kolej berbuka puasa dan solat bersama2 .. jom kiter terjah kelebihan solat terawih mengikut malam bulan puasa .



Malam ke 1 – Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Malam ke 2 – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.
Malam ke 3 – Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke 4 -Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam ke 5 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
Malam ke 7 – Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Malam ke 8 – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9 – Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam ke 10 – Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23 – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam ke 24 – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25 – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam ke 26 – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28 – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Malam ke 29 – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
Malam ke 30 – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama Al-Kautsar.
#4 berbuka puasa dan bersahur .. teringat pulak time berbuka puasa kat rumah ngan family saya .. waaaa nak balek :'( .. kalau kat rumah ibu mesti masak macam2 tuk anak2 die .. sekali sekala kate kan .. selalu ibu sibuk ngan kerja die je .. kalau kat rumah sementara nak tunggu azan maghrib kami adik-beradik duk melayan upin ipin .. hahaha .. da jadi perkara wajib tiap2 tahun pulak .. tahun lepas pun macam tu jugak :p *ayah aku pun join sekaki taw .. kihkih .. kalau time sahur pulak ibu masak simple2 je .. sebab takut anak die tak makan bende berat2 nih .. kadang2 nasi ngan telur pun bole aja .. burp sangat kenyang ! terima kasih ibu masak kan untuk kami .. masakan ibu paling sedap dalam dunia nih :) . *da duk kat negeri orang nih kene la masak sendirik .

#5
shoping raaayeeeee ! ha yang ni memang perkara wajib pon tiap2 tahun .. kihkih .. memang kaki shoping tul saya nih :p .. pantang nampak baju kompem nak beli .. hikhik .. tahun ni saya ingat nak pakai jubah pulak .. cari tudung dengan kasut pun da oke .. x nak membazir da tahun nih .. nak simpan wet dan kumpul wet raye banyak3 .. hahaha .. *macam la ade orang nak bagi kat saya :p
Selamat Bertarawih dan Selamat Menjalani ibadah di bulan Ramadhan , tingkatkan amalan jauhi maksiat ..  insyaAllah buat semua yang mengenali , mohon maaf zahir dan batin . #okbai :)

* semoga ramadhan tahun ini bermakna buat diriku .. Ya Allah 
berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan mu .
thanks sumer :3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sile cakap3